Blog Berpindah
Assalammualaikum
Saya hanya ingin memberitahu bahawa blog ini akan dibiarkan sepi kerana saya akan berpindah menggunakan nama dan blog yang baru. Segala persoalan akan dijawab di sana.
Maaf.
Sekian, terima kasih.
Al-Insyirah
Assalammualaikum
Saya hanya ingin memberitahu bahawa blog ini akan dibiarkan sepi kerana saya akan berpindah menggunakan nama dan blog yang baru. Segala persoalan akan dijawab di sana.
Maaf.
Sekian, terima kasih.
Al-Insyirah
Sekian lama hati ini sunyi
Sekian lama hati ini ku jaga
Serapi-rapinya daripada cinta sang manusia
Namun akhirnya aku akur juga
Pada fitrah dunia
Fitrah manusia ingin bercinta
Menyelami perasaan mencintai dan dicintai
Aku juga tidak terkecuali
Dalam mencari cinta disulami cinta hakiki
Cinta Ilahi
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Di kala masa kini semakin singkat
Dunia semakin tua dan berusia
Hari Kiamat semakin dekat
Hatiku menusuk-nusuk ingin memberimu peringatan
Sungguh ini lahir daripada hati
Kerana aku pilu melihat kalian yang masih jauh daripada-Nya
Menyombong, menafikan perintah-Nya
Apa kan jadi padamu jika kau tidak kembali ke jalan-Nya
Sungguh tiada guna dan bermanfaatnya dirimu jika terus kau menafikan kehendak-Nya
Ingatlah bahawa kepada-Nya jugalah kita dikembalikan